Sunday 27 September 2015

Tak perlu untuk aku mengeluh

Kenapa perlu aku mengeluh?

Aku mengeluh warden strict sgt, tak kasi kluar lepas pukul 6, sedangkan kawan2 aku ada yg duduk rumah sewa yang tak tentu keselamatannya

Aku mengeluh being a small malaysian community kat sini, tp sebenarnya ada kawan kawan aku yang kat tempat lain yang keseorangan

Aku mengeluh makanan kat dewan makan tak sedap (tapi kat kafe lain sedap) tapi ada kawan aku yang kedai makan jauh nun disana, nak makan pun susah esp bila tak reti masak, kedai jauh dan sebagainya

Kenapa perlu aku mengeluh? Sedangkan ini doa aku untuk lepas cut off point a level, ini doa aku untuk sambung belajar dentistry, ini doa aku untuk study oversea. Aku kena terima.

Aku tak boleh mengeluh kerana takde tempat memasak kat hostel ni, sebab bila tengok hostel tempe2, mereka sangat serba kekurangan, kalau compare bilik aku, aku hidup mewah sebenarnya.

Aku tak boleh mengeluh bila takde shopping complex kat sini, sebab mereka yang hidup disini masih boleh survive. Shopping complex hanyalah kehendak nafsu semata.

Setiap hari aku berdoa, agar diberikan kekuataan, kejayaan, tak lupa juga untuk kawan2 aku, tak kiralah disini, di uk, ataupun di malaysia. Juga untuk ahli keluargaku, moga kamu semua sihat sentiasa.

Orang kata benda yang jauh takkan kekal, pasti putus, aku takut. Nyawa bila2 je Allah boleh tarik.  Tapi apa boleh aku buat? Aku serah pada Allah. Namamu sentiasa dlm doaku.

Alfatihah untuk arwah tok wak. Atuk sedara baru meninggal semalam. Moga engkau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...