Sunday 27 September 2015

Tak perlu untuk aku mengeluh

Kenapa perlu aku mengeluh?

Aku mengeluh warden strict sgt, tak kasi kluar lepas pukul 6, sedangkan kawan2 aku ada yg duduk rumah sewa yang tak tentu keselamatannya

Aku mengeluh being a small malaysian community kat sini, tp sebenarnya ada kawan kawan aku yang kat tempat lain yang keseorangan

Aku mengeluh makanan kat dewan makan tak sedap (tapi kat kafe lain sedap) tapi ada kawan aku yang kedai makan jauh nun disana, nak makan pun susah esp bila tak reti masak, kedai jauh dan sebagainya

Kenapa perlu aku mengeluh? Sedangkan ini doa aku untuk lepas cut off point a level, ini doa aku untuk sambung belajar dentistry, ini doa aku untuk study oversea. Aku kena terima.

Aku tak boleh mengeluh kerana takde tempat memasak kat hostel ni, sebab bila tengok hostel tempe2, mereka sangat serba kekurangan, kalau compare bilik aku, aku hidup mewah sebenarnya.

Aku tak boleh mengeluh bila takde shopping complex kat sini, sebab mereka yang hidup disini masih boleh survive. Shopping complex hanyalah kehendak nafsu semata.

Setiap hari aku berdoa, agar diberikan kekuataan, kejayaan, tak lupa juga untuk kawan2 aku, tak kiralah disini, di uk, ataupun di malaysia. Juga untuk ahli keluargaku, moga kamu semua sihat sentiasa.

Orang kata benda yang jauh takkan kekal, pasti putus, aku takut. Nyawa bila2 je Allah boleh tarik.  Tapi apa boleh aku buat? Aku serah pada Allah. Namamu sentiasa dlm doaku.

Alfatihah untuk arwah tok wak. Atuk sedara baru meninggal semalam. Moga engkau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman. Amin

Sunday 20 September 2015

first time datang india

Bila dengar perkataan india, kau mesti cakap kat aku, KOTOR, MAKANAN TAK SEDAP, HANCING, ORANG BERAK MERATA, tapi setakat ni aku tak nampak lagi semua tu hahahaha

Kotor, hmm biasalah orang buang sampah merata, alah kalau kat Malaysia pun contohnya engkorang bukan behave sangat pun puntung rokok dalam tong sampah hahahaha. Sori ok memain je, Malaysian behave. Tapi yelah, sini sampah byk gak ah, and kesian gak ah dengan mereka yang miskin, duduk kat tepi2 tu, kotor.
Makanan tak sedap, hmm hari first aku sampai senior bawak masuk kedai makan. Nampak sedap, ada nasi, ayam masak apa tah, cendawan sambal. Cendawan je sedap hahaha. Esoknya breakfast makan tosei. Tapi senanya food sedap senang je nak dapat, kalau nak food Malaysia, USM-KLE ada hehehehe. Sedap! And ada satu kedai tu, nasi biriyani dan ayam kebab, sedap!! Oh and jangan risau ayam tak sembelih ke apa, sebab sini ramai muslim and ayam diorang yang sembelih. Dominos takleh makan sebab ada pork, baskin robin, kfc sume ade.
Hancing or berak merata tuuuu, aku tak jumpa lagi. Nanti kalau aku dah jumpa aku bagitau eh hahahahahahaa.
Aku IMPRESS dgn DRIVING SKILLS diorang. Hon sana hon sini. Pening kepala aku. Orang kata hon pendek tu tanda say ‘hai’. Kalau hon panjang tu tanda, ‘hoi tepi sikit lah!’. Haritu aku naik, auto, auto ni macam teksi, tapi dia motor 3 tayar. Auto tu seboleh boleh nak menyelit sebelah lori, kereta, lembu, motor, basikal, segalanya lah. Jalan dia bertar jangan risau haha. Tapi ada certain tempat tu gedegak gedeguk jugak la (lubang2), ada jalan yang okay. Kalau aku nampak orang eksiden aku bgtau eh hahahah
HOSTEL
Aku tak puas hati betul dengan warden2 hostel ni. Curfew pukul 6 petang. Seboleh boleh taknak kasi kitorg keluar. Pahtu, setiap hari kena tanda attendance kat buku dia. Eh dia ingat aku nak lari kemana. Katanya kat sini banyak ragging! Bahaya! Ada kakak senior datang bilik aku nak borak2 pun dia nak halau. Katanya takut kakak tu ragging. Eh kalau kitorg tengah gelak2 tu maksudnya kene ragging ke. First day breakfast and dinner after curfew pun warden nak ikut kitorg makan. Hahah aku rimas. Tapi mungkin elok la untuk keselamatan.
Tadi shasha, alya dan nurul nak keluar gate hostel perempuan (bukan gate university), makan kat luar untuk breakfast pun dia nak ikut. Mungkin sebab budak baru kot ._. whatever. Kalau dia nak ikut aku jogging pagi2 memang aku sekeh kepala dia hahahhahahahaha
Sori burst. Seronok kat sini, pengalaman baru. Hari isnin masuk kelas, doakan ye!! University life nanti aku cerita, so far tengok uni okay and selesa jugak untuk belajar hehehe.
And lupa nak citer, first day sampai Bangalore, ada burung dari langit dan berak kat blazer aku. Yeay. And ada Malaysian night next month, kena menari katanya -.-Papepun, syukur alhamdulillah! Orang kata kena banyak bersyukur hehehe

Sunday 13 September 2015

Kisah di malam hari

Semalam, aku memberanikan diri keluar rumah. Aku naik motor, sorang2.
Aku tahu, keluar tengah2 malam keseorangan ini sangat bahaya, terutama perempuan. Tapi taktahu kenapa, aku keluar juga sebab lapar nak beli makanan. Sampai sahaja di bandar, aku parking motor aku di sisi jalan, dan kunci motor aku. Aku terkejut, jalan raya terlalu bersepah. Sepanjang jalan di muar ni, ada banyak eksiden, ambulans di mana mana, kertas2 iklan bertaburan dan polis berada di setiap hujung jalan. Aku mengabaikan apa yang aku lihat dan terus mencari makanan. Asalkan aku parking di tempat yang betul, dan tak mengganggu kerja2 ambulans dan polis, tak kisah la kan

Aku mencari cari dimana boleh ku cari makan. Tiba tiba, ada sekumpulan gangster muncul di hadapan aku. Sorang pegang kayu besbol, sorang pegang kapak, sorang pegang kayu.... cuak woi. Apa lagi, aku pun lari lerr. Nasib baik fitness aku mantap lagi, aku menyorok di celah celah bangunan, sambil memerhatikan gangster tadi. Mereka dah tak jumpa aku, so diorang pegi rosakkan kereta2 kat situ. Habis pecah cermin2 kereta kat situ.

Okay aku nak balik pun, cuak gak ah sebab motor aku kat situ. Lalu sekilas aku terpandang satu gerai. Ada 3 4 orang kat situ, so yeah, rasa selamat gak ah. So aku approach gerai tu, dia jual nasi tomato kot entah, yang pasti nampak sedap, aku tahu makan je. Hahaha.

Ada seorang pelanggan ni sambil dia pilih makanan, dia tanya penjual tu.
"Akak ni banyak dosa, adik rasa dosa akak ni boleh di ampunkan ke?"
Pastu penjual tu pun beri kata kata nasihat kat kakak tadi. Sambil dia hulurkan makanan, dia hulurkan sekeping kertas, katanya dalam tu ada panduan (mungkin panduan solat taubat ke ape ke aku taktahu). So kakak tadi hulurkan duit, sambil dia tunggu baki, dia letak balik kertas tadi kat tepi gerai tu dgn sekeping surat. Penjual tadi tak perasan pun. Aku peratiiii je. Hahaha

Lepas kakak tu beredar, aku pulak pilih makanan, pastu aku tanya, "kakak tadi selalu ke datang beli makanan?"
Penjual tu kata, selalu gak ah, almost everyday. Pastu aku borak2 la sikit dengan dia sambil pilih makanan. Penjaual tu kata dia hidup susah, sorang2,xde keluarga. Sebelum aku beredar, aku pun tunjuk surat yang kakak tu letakkan balik kat penjual tu. Penjual tu terkejut, dan pelik. Dia baca surat tu dan menangis. Aku tanya, kenapa? Dia tak jawab. Kemudian dia tunjuk surat tu kat aku, yg tertulis didalamnya "sebenarnya saya kakak awak. Kita adik beradik"
Fuyo macam drama kan. Aku pun peluk penjual tu, taktahu nape tapi aku rasa she needs hug hahahha

Tiba tiba ada orang sentuh bahu, dan katanya " cahhh, dah solat subuh belum?"

Rupanya aku bermimpi. Sekian

By the way, aku takde lesen motor. Sori post cerita sampah wakakaka

Thursday 3 September 2015

Untuk attention seeker

Kalau bukak pesbuk je, aku selalunya akan baca apa saja berita yang ada kat timeline tu, tak kiralah berita tentang apa. Kadang kadang, aku akan baca komen2 dari apa2 status, artikel, atau apa saja. Tapi aku jenis yang tak suka menyebarkan berita, takut tersebarkan fitnah, dosa woii. Dulu pernah ada satu zaman ni, aku pi share dan maki dan jadi keyboard worrior, tapi sebenarnya status itu palsu. Ha kau, insaf. Hahaha.

Baik kau sebar gambar kucing ke, muka baby ke, resepi nasi tomato ke, tips cemerlang upsr ke, iklan yang bermanfaat ke, asalkan apa yg di share itu tak menimbulkan pergaduhan.

Sejak kebelakangan ni (ayat skema), ada banyak status yang sangat mengganggu sensitivity agama dan menimbulkan kemarahan orang ramai, contohnya,
(kebenarannya perlu disiasat, aku cakap random ni)

1. Dia hina agama islam, bersertakan gambar dia dengan tatu di kaki yang terdapat nama Allah.

2. Ayat dia yang sangat lucah dan mengarut, lalu menyalahkan segelintir umat islam yang kurang baik akhlaknya.  Contoh ayat,"Kalian ni nama je islam, tapi mulut celupar, tudung tak pakai"

Okay point yang nak aku sampaikan disini, si pengkomen status tersebut.

Kau sedar tak yang sebenarnya orang orang macam tu saje je nak menimbulkan pergaduhan? Mungkin dia suka tengok umat islam bergaduh sesama sendiri.

Kau sedar tak dia gembira membaca komen komen yang diberikan. Weh femes gila kot kalau status dia mendapat ribukan komensss. Apatah lagi likes dan shares.

Kau sedar tak dengan share status “MasyaAllah, lihat orang ini, dia menghina agama kita!” sebenarnya kau telah memulakan pergaduhan. Kaulah orang yang membuka ruang untuk umat islam bergaduh di ruangan komen tersebut.

Pada pendapat aku, ignore je lah. Bila kita ignore mereka, status dia tak banyak dapat likes dan shares dan komens. Kau boleh block dia, atau report. Dah la. Yang susah2 nak share status dia tu apesal. Ini pendapat lah hahha. Kalau nak komen “moga anda mendapat hidayah” tu okay kot. Kot. Entah hahahaha.

Oh ya, memang mereka yang memulakan status yang berunsur lucah, dendam, dan tak puas hati tu aku labelkan sebagai attention seeker. Tapi engkau yang share status dia dgn post, “Lihat status/video yg jijik ini. Aku harap kalian tak jadi seperti ini”, engkau juga attention seeker yg mahukan likes dan respon. Dah kenapa.

Apa yang kita boleh buat, sebelum nak “sekolahkan” orang lain, perbaiki diri sendiri dahulu. Eh aku ni yg menulis blog pun sama je hahahaha. But yeah, sambil aku menulis, sambil aku muhasabah diri sendiri cewahhhh

Nota kaki: Aku cakap ni untuk situasi facebook yang selalunya terjadi. Kalau twitter tu orang suka meroyan sensorang tu, lantak dia lah. Ops diri sendiri terkena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...