Sunday 31 March 2013

rezeki 9A+

Agak berlapuk jugak la, baru sekarang nak update blog kan. Padahal da seminggu spm result keluar

ini berkat family yang sentiasa mendoakan
dan cikgu2 ssp yang sanggup buat kelas tambahan,
sanggup fotostat latihan, sanggup terangkan banyak kali untuk 1 soalan
dan sanggup melayan karenah kami
serta rakan-rakan amigas yang sentiasa bersatu hati mendoakan antara 1 sama lain,

 
Nak tahu tak
Essay aku selalunya half marks je
Aku tertanyatanya berapakah gred sbenar utk A+ for English lol
oh dan aku masih tertanya2 jawapan biology, yang dia tanya pasal air isotonic tu


Mungkin inilah yang dikatakan REZEKI dari Allah
Allah da susun yang terbaik untuk kita, sesuai dengan usaha kita
So, kemana aku lepas ini? 

Untuk rakan-rakan Amigas 0812,
Kita pernah jatuh suatu ketika dahulu
Semasa PMR 2010
Kita seolah-olah memalukan nama sekolah
Teruk! result hancur!
 
Tapi tahun ini kita bangkit dengan SPM 2012
14 orang 9A+, 82 orang 9A
Kita mencipta sejarah di ssp
dan yang paling penting
Kita mampu membuat cikgu-cikgu kita tersenyum kegembiraan
Syukur Alhamdulillah




Friday 15 March 2013

Mimpi

Mimpi ngeri

Aku mimpi ada orang nak bunuh aku -.-"
Aku mimpi aku minta pertolongan roh hutan supaya selamatkan aku -.-"
Aku mimpi aku masuk kat satu rumah yang menakutkan -.-"

Mimpi best

Aku mimpi aku dan rakan2 Amigas berjaya 9A+, dua kali mimpi. :D
Aku mimpi aku lulus jpj. Tp esoknya, aku fail. Slek kat bukit. Hahaha
Aku mimpi aku jadi detektif, aku selesaikan kes, lepastu aku popular. Hahaha

Mimpi yang aku rasa aku dah buat, tapi sebenarnya aku hanya mimpi

Aku mimpi aku dah solat dhuha, dah sidai kain, aku da belajar driving, aku dah hidang makanan, aku dah solat Zohor, aku dah ajak baba makan, aku dah lipat kain, aku dah baca buku, aku da jogging tapi...
Sebenarnya aku hanya mimpi.  Dan aku rasa penat seolah-olah aku buat kerja dua kali pada hari tu.

UPDATED
Alang-alang bercerita tentang mimpi, aku teringat "encik mimpi"
Aku tak tahu siapa Encik Mimpi ni, tapi dia suka buat cover kat youtube. 
Vocal dia okay la. Dia pandai main gitar. 
Kadang-kadang aku cair dengar dia nyanyi certain lagu. 
Kadang-kadang mengarut je dia nyanyi. kelakar.

Encik Mimpi -  Seniman Jalanan & Penghibur Akusika
Awww~ can I marry U wahai EncikMimpi?  hehe



Klik di SINI untuk melawat blog dia
Klik di SINI untuk melawat youtube channel dia

Friday 1 March 2013

Debaran bulan Mac

HARI INI, 1 MAC 2013, JUMAAT
wahai rakan-rakan
keputusan SPM akan disiarkan
ada yang kata minggu depan
tak kiralah bila akan diumumkan
kepada Allah jangan kita lupakan

mungkin ada yang kata,
spm bukan segala-galanya,
tapi ingatlah,
segala-galanya bermula daripadanya.

yes, 
im hoping for the best

Ya Allah, berilah aku peluang untuk membalas jasa ibu bapa, guru-guru, dan sesiapa saja yang pernah mengajarku. Berilah aku dan rakan2 Amigas0812 keputusan yang cemerlang dengan keputusan 100% 9A+. Berilah juga keputusan cemerlang untuk rakan-rakanku dari SBP lain, rakan-rakan dari sekolah rendahku, rakan2 yang telah berbuat baik kepadaku serta rakan2 yang mendoakanku. 

Ya Allah, sebagaimana kau menempatkan Seri Puteri sebagai sekolah terbaik untukku, maka tempatkan aku di universiti dgn course yang terbaik bagiku. Amin



oh ya, pesanan hari jumaat.

"Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...