Wednesday 26 August 2015

aishah kembali

hai semua
moga sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta

nak tahu tak, henfon saya hilang
kasut sukan yang baru beli januari lepas pun hilang
jika terjadi kepada anda semua
jangan cepat melatah

aku marah pada diri sendiri
sebab tak pandai jaga barang
tapi bila kita niatkan sedekah
pahala untuk kita
tapi bila kita cakap "celaka punya pencuri"
hmm mencarut tu pun dah tak baik yedak

apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
patsback

bye

kisah di intec


Hai semua, sebelum aku nyanyuk, atau terlupa pengalaman aku hidup selama doploh tahun ini, dan sebelum aku melangkah ke alam universiti, ingin aku ceritakan kisah hidupku sepanjang aku study a level.

Ok jangan skema sangat.

Melangkah ke intec
Eh engkorang kena tahu, aku pernah direject oleh jpa, dan aku masuk pasum. sebulan lepas tu, baru dapat dapat panggilan, dapat jpa. Masuk intec, aku paling excited because my crush was there. First time jumpa masa first day kat intec, kat rafi tuu. First time wehhh. Ok lets talk about something else. Lol

Aku amik A Level and the subject combination are Math (AS/A2) , Biology (AS/A2), Chemistry (AS/A2), and Physics (just AS)

First sem,aku rasa A Level saaaangat senang, macam spm huhuhu. But I got c for my biology. I knew the answer, but I didn’t know how to answer. Huhuhu. Ahh malas ah citer pasal first sem, zaman main2, zaman usha crush, zaman aktif jogging petang2 usha abg sado bumping non stop. Hehe

Okay, to enter dental school in uk, we have to sit for UKCAT test, cost about RM500+. Every semester break, we must do some observation in dental clinic. Just observe, boring. But I found that dentistry was very interesting job. It requires manual dexterity and I am not sure if I can polish my skills.  Then we have to write a personal statement. It sound so easy, personal statement, you just have to write anything about you. Try lah buat sendiri, nanti tahu la susah ke tak. Harga untuk UCAS RM150.
eh taknak speaking.

Dah 3 sem belajar AS dan sedikit A2, ada cadangan dari para pelajar. Katanya nak amik exam AS January 2015. Kau bayangkan, kitorg nak habiskan silibes A2, lepastu nak focus external exam AS bulan jan. aku yakin dapat result lebih dari 13, tetapi rezeki aku cuma dapat 12. Nangis? Oh tidak sama skali, aku rasa ini mungkin satu petanda yang aku perlu usaha lebih sedikit. Chemistry aku C woi. Aku rasa soalan dia senang je ahahah tapi jawapan dia kot macam shumil sikit. Everything nak ikut answer sceme je. Aku resit AS chem june nanti. melayang jugak ah RM500+

Masa ni aku cuak, dah start gelabah. Cardiff, Sheffield, Manchaster, Dundee reject aku. Aku nak study kat mana? Interview pun tak dapat. Placement kat UK ada 4 or 5 je. Nak masuk Australia ada 2 universiti je, tu pun kene amik test yang berharga RM1000+ each. Ielts kena 7 each component. Ohhh lupa nak cerita, aku bayar RM630 lagi skali utk reseat IELTS. Sanggup. Hahahaha.

 
Ada kawan kepada kawan aku kata,
"nak tahu tak, kitorang susah tau nak masuk US. placement ada seribu orang jeee. kena compete untuk placement"
Ehh kau tahu tak budak dentistry ada 4 or 5 places je? 

Yang kelakarnya, india. Nak apply india kena ada A2 physics. Disebabkan tak amik fizik je, kami kena amik entrance exam india, harga dia RM6000, ada 6 subjek, Math, Bio, Phy, Chem, English and environmental studies. BENDA YANG TAK PERNAH BELAJAR LANGSUNG PUN ADA DLM SUBJEK2 NI DAN KAMI KENA HAFAL SEMUA JAWAPAN. Dan pada masa yang sama, kami ada exam A Level,  yang kena jawab soalan2 A2, KAU INGAT SENANG?
 
ALEVEL. Memang ada 4 subjek je. Tapi,
Biology dan Chemistry ada 6 papers each.
Mathematics ada 2,
Statictic ada 2 papers,
Physics ada 3 papers.
 
haa kira lah total paper yang kami kena ambil.

Haa lantak lah kau nak kata aku banyak merungut ke tak tough langsung ke nama je budak sbp keeee, kau tak rasa apa yang kami rasa.

Kami burn kelas A Level MATH sebab nak study Math utk entrance exam india. Masa entrance exam pun tiba. Aku dah tahap redha macam apa dah haha. Petang tu exam math, tiba2 dia kata, “awak semua takyah amik exam math petang ni, tapi saya dah emel subject physical eduation, esok amik test tu”  HAHAHA KELAKAR DOH. Malam tu, baca ah subject tu, esoknya jawab. Eh aku je ke yang rasa kelakar?
 
Ok habis entrance exam, ada 2 minggu je kot utk prepare external exam A level. Aku boleh kata struggle cam orang gila gak ah, kekadang tu sanggup makan depan buku, bungkus makanan, makan kat rumah. Ahh korang nak kata aku skema ke apa, lantak lah. Aku yang nak exam, bukan kau. Aku bukan si genius, belajar sikit2, result gempak namatey. Mungkin ada reason juga kadang2 aku rasa dah usaha macam apa, tapi still, tak score. Ilmu tak berkat?

Oh ya ni result trial A2 aku sebelum ambil external exam.

Chem: D
Bio: C
Math: B
Physics: D

Itulah orang kata, jangan bangga sangat dengan kejayaan yang lepas.
Tapi takpe, dua bulan exam A2, aku usaha sungguh2, doa siang malam pagi petang. Aku tak tahu aku akan kemana. Ke UK? Aku takde placement. Australia? Aku tak apply. NZ? Aku taknak kesana sebab kena compete lagi. India je la kot? Tapi dalam diam, takut, sebab takut tak dapat placement.

Biology. Subjek ni aku rasa sangat menarik. Aku belajar benda yang aku tak pernah tahu. Walaupun aku takdelah gempak mana, tapi bila jawab exam, aku akan tulis segalanya. Tapi A Level ni shumil sikit, jawapan mesti ada dalam skema. Eh aku jawab berdasarkan ilmu aku, bukan mengagak agak jawapan yg ada dalam skema. Haha dah taktahu jawapan tu ngaku je la ek huhuhu

Chemistry. Haish seronok belajar. Aku khatam buku facer tu. Rasa macam dah habis belajar dah, tapi bila jawab soalan, tak faham, aku tanya eqah, eqah bukan buku facer, tunjuk jawapan kat aku. Wakakaka. Masa exam lawak gila. Kau bayangkan ni exam, paper yang akan dihantar ni, dalam masa sejam lebih ni, aku TAK TAHU nak jawab apa. Macam, aku tak belajar langsung. Ya Allah, keluar dewan, redha.

Math. 2jam 30 min. ada few question dia, dia dah kasi jawapan dah. Cuma kena proving je jawapan dia mcm tu. Buat satu soalan, jawapan aku tak sama macam apa yg dia nak. Ok move on next question. Buat sampai habis, tak sama jawapan. Kau ingat math a level ni macam spm ke. Buat sekali sampai habis, ada lagi sejam stengah nak semak jawapan. Weh itu berangan namanya! Math a level ni kau habis je selak soalan terakhir, time tu lah habis masa wakakakaka. Nak semak? Jangan harap. Oh ya, aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku. Kalau kau tanya set2 genius pandai awesome tu, mungkin mereka boleh semak puluh2 kali. Lol

Statistic, Alhamdulillah, aku boleh jawab. Dan paper ni yang telah membantu aku dapat score mathematic sebenarnya. Syukur!

Ehh blog aku sukatilah aku nak tulis apa.

 A level result’s day
Aku lepas cut off point jpa. Horayyy ! Horayyy! Alhamdulillah.

Engkorang nak tahu tak. Macam macam drama sebelum kitorang dapat placement ni. Haa malas ah nak cerita, tapi Alhamdulillah, aku dapat masuk KLE universiti kat Bangalore, ni first choice universiti aku. Alhamdulillah! Ada tempat utk aku belajar. Tapi korang tahu tak JSS universiti tu jauh? Sepuloh jam perjalanan tau.

Dalam diam, aku masih fikir kawan2 aku yang tak lepas cut off point jpa. Weh seriously aku cakap, classmate aku sume bright student, kelas Trafford, Thames, dan Truro, semua pandai.
Ada yang aku tengok, usaha dia lebih dari aku.
Amal ibadat dia, lebih dari aku.
Cara dia study, lebih effektif dari aku.
Tapi siapa sangka, sebahagiannya, tak lepas cut off point. Orang kata, rezeki. Yes, memang rezeki. Aku sendiri tak sangka aku lepas, sebab dalam diam, aku tak yakin utk dpt A dlm maths, jangan kata bio dengan chem, kelaut ah. Kawan2 aku bijak, dan disebabkan beberapa papers A Level, mereka tidak dibenarkan untuk fly. Aku risau sebenarnya. 2 tahun berlajar sama sama, aku mahu kita semua berjaya sama sama.

Aku tanya jpa, apesal tak benarkan student masuk IMU. At least university tu ada course sains. Aku nak tolong kawan2 aku. Kau nak suruh budak2 ni jadi engineer? Belajar law? Business? Jpa kata, masuk UTP, MMU, atau UNITEN.  Sebab katanya, sebab IMU mahal. Hmmm. Apa pun keputusan jpa, aku harap kawan2 aku tabah, dan dapat teruskan dengree macam student2 lain.

Wahai rakan2, mungkin peluang kalian utk jadi seorang dentist sukar, tetapi percayalah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kalau aku di tempat kalian, sangat sukar utk aku pilih course yang aku tak minat. Sebelum buat keputusan, istikharah. Mana tahu kalian lebih berjaya pada masa hadapan? Kita merancang, tapi Allah juga merancang. Dan Dia adalah sebaik baik perancang.

Jangan pernah berhenti berdoa.

Kepada rakan2 yang berjaya lepas cut off point jpa, TAHNIAH! dan gunakanlah peluang yang ada sebaiknya

dalam diam aku masih lagi rasa mereka yang dapat 15 points tu awesome namatey, macam mana mereka study dohhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...