Thursday 21 January 2016

La tahzan

Pernah kau rasa diri kat at the lowest point?
Apa yang kau nak, kau tak dapat
Apa yang kau usahakan, hasilnya tak setimpal
Kau tak rasa disayangi
Kau rasa lonely

Past few weeks aku rasa, dan aku pendam
Sampai satu tahap aku tak tahan dan aku nangis. Seorang diri.

Tak, aku tak cerita kat kawan2 aku kat sini, sebab reason utk aku menangis sangat bodoh dan kebudak budakan.

Satu je silap aku masa tu, aku lupa yang Allah Maha Mendengar.

Nak tahu bila aku sedar pasal kasih sayang Allah?
Bila aku makan dgn senior keesokan harinya.

"Ni akak nak citer pasal surah ad dhuha. Ada kisah disebalik ayat ni. Surah ni......"
" eh wait kak. Sy tahu pasal surah ni. Ni waktu nabi tgh sedih sbb dah lama wahyu tak diturunkan kan? Pahtu Allah turunkan ayat ni utk nabi"

Masa ni jugak aku sentap. Aku rasa nak menangis bila ingat balik, tepat waktu aku menangis semalam, ada orang call aku utk tanya aku okay ke tak. Aku bukan nak sgt pun org dgr apa aku rasa, tp bila ada yg nak dengar, aku rasa ada org masih support aku.

Dan harini kakak senior ajak makan dan masa ni lah aku cerita apa aku rasa. Dan perbualan kami terus direct ttg kasihnya Allah pada hambaNya. Allah beri nikmat makanan yg pd ketika itu sgt sedap, utk hilangkn rasa sedih aku.

Oh tak lupa juga kpd rumetku yg hulurkan cekelat dan patsback. Terima kasih kawan. Lepas makan tu kakak senior ajak pegi usm utk solat maghrib. Seronok rasa berjemaah beramai2. Kiri kanan dikelilingi orang islam.
Allah hadirkan mereka disekeliling aku.

Bila kau dikelilingi dgn mereka yg cintakan al quran, segala perbuatan, perbualan, akan dikaitkan tentang kebesaran Allah.

Allah Maha Mendengar
Cuma aku je tak merasai yang Allah sentiasa mendengar
Aku masih tak dapat rasa feeling interaksi Allah bila membaca Al Quran macam apa yang kakak2 senior rasa
Haritu pinjam tafsir senior, aku kagum dgn quran mereka, penuh dgn highlight sana sini
Cintanya mereka pada al quran

Aku masih tak dapat rasa :(

Nota kaki: masih mencari di mana cinta yang sebenar

Thursday 14 January 2016

Bangun malam

Tak, aku bukan nak cakap aku bangun tahajud tiap2 malam

Hampir setiap hari bunyi nyamuk terngiang ngiang kt kepala. Annoying gila. Dan setiap kali nyamuk gigit aku akan bangun mencari nyamuk. Yang sedihnya, aku tak mencari Allah. Aku tahu kadang2 bila kita terjaga malam2 ni, inilah peluang utk kita bertahajud. Tapi aku pilih utk tidur semula.

Tbh, aku selalu tidur awal, alasannya penat study lama2. So ingatkan bila bangun pagi, aku akan sambung study. Tapi masalahnya stiap kali bangun, aku takkan study, sbb aku tak bangun utk solat. Bajet gila melebihkan ilmu drpd Allah. So aku tidur. Aduh whats wrong with me.

Iman manusia ada turun naiknya. Kadang2 kita rasa kita dah cukup baik, tapi bila Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang lebih baik, maka bersyukurlah kerana Dia mahu kita menjadi lebih baik.

Sebenarnya suatu paksaan utk membuat kebaikan itu bukanlah benda yang salah. Contohnya zaman sekolah asrama, semuanya dipaksa, solat berjemaah, baca yasin, almathurat, solat hajat, berzikir dan lain2. Dulu memang rasa dipaksa, tapi lama2 ibadah2 ini yang menjadi rutin harian. Patutlah dulu boleh ambil berpuluh2 subjek, skrg 4 subjek pun payah nak score. Iman semakin layu

Kalau dah keluar sekolah, takyah jaga hubungan dgn Allah ke?

Wah panjangnya aku berleter, aku nak cakap aku kene gigit nyamuk je lol

Nah, ni nyamuk aku tampo kat almari. Peh perut dia kenyang. Tolonglah lihat gambo ni, struggle gila nak upload tau hahaha

Sebenarnya ada draft pasal trip ke goa, mumbai dan pune, tapi malas nak masukkan gambo, so nantilah.

Oh ya, kat sini malam2 sejuk gila, cecah 10 degree gak ah. Nangis nak amik wuduk waktu subuh. Siang suhu biasa je, tapi angin sepoi sepoi. i like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...