Monday 23 November 2015

2 month as VKIDS student

*Tukar bm sbb tempe tahu blog aku. klu depa tahu aku mengutuk depa tak kira la lect ke pljr, mampuihh*

A request from hanim for me to write about dental school india. Huhu baru 2 bulan. I dont know what to write, so i tell you about what i study okay. Later i will write about food, sbb kt sini makanan sedap dan murah xD

benda yang plg best pasal dentistry course ni ialah kerja2 tangan dia. Pada aku la, ni bukan pasal talent ke apa, tapi aku suka la ukir gigi, main gypsum, sebab takde la bosan mengadap buku doplohpat jam hahah. God bless dak2 medik doh, cane diorang boleh baca buku sepanjang masa. Tak bosan ke lol.

Ni nak citer pasal carving. Tempe ni ada macam2 perangai, kadang2 aku hepi, kadang2 sakit hati ngan lecturer tempe. Nasib baik dapat sima mem, she gave me 8 or 9 grade for my carving. Sape tak happy weh bila hasil carving di approve. Tp kdg2 rasa nak tibai je some of the lecturer yg when i show my tooth, she/he asked me to reduce the size of root, then i show it again, they said, "u shouldnt reduce it..." hmmm sabar. Tadi kau suruh reduce skrg kau kata salah pulak. Ni la nama dia proses pembelajaran lol.

Nape perlu aku carve gigi dlm course ni? Entah, maybe this is one of the way to remember marphology of tooth better kot, and of course to improve manual dexterity.



Kerja prosto plg ramai tak suka haha sebab dia leceh dan barai je, masuk je lab, tudung seluar semua comot. Dia mcm lebih kurang mcm tengah berperang dgn gypsum. It is quite dirtly la playing with plaster of paris tu, i have to be very persistent and constant to give a perfect shape to my gypsum. Kadang2 rasa macam tgh baking a cake. Stressful gak ah bila tgh adjust2 plaster tu, at the same time dia dah setting (means, dah mengeras) so i cannot do anything, all i can do is polish using sandpaper and make a perfect cube. Oh ya, plaster of paris ni guna utk amik impression of denture, kot. Ha lebih kurang la

My first cube got B++, because lecturer said, he cannot give me an A for the first trial, so that i will always try my best to get a very perfect cube.



Another (not so) interesting thing about studying dentistry in india is i can dissect cadavar. Baru first year, aku boleh dissect mayat weh. Mula2 eksaited la kot boleh main bedah2, tapi somehow rasa bersalah, kesian, macam2 lah. Kesian mayat tu, apa roh dia rasa eh bila aku buang lemak dia, potong nerve dan dan saluran darah dia?Tapi kita nak belajar, so boleh? Haha i dont know. Nothing interesting about dissecting, the feeling is same as helping your mom potong daging ayam atau lembu kt dapur. Realitinya, stress gila bila PG tanya soalan dan biasanya aku takleh jawan dan terkebil2 bijik mata.... zzz

Oh ya, kadang2 aku jadi pelukis yang sangat berbakat. lukis triangle of neck, skull, gigi, cell, Setiap minggu ada kelas Histology, memang guna banyak gila pink and purple colour pencil. aku tak tahu macam mana at the end of the first year, how can i remember thousands structure of cells? Banyak gila kott

Ohh about sleng of lecturer, some okay la, but some of them, i cannot catch their words at all. There was a lecturer pronouce FIVE as FAYU, N as YEN. Hahaha. 2 minggu weh aku cari apa itu fayu dan apa itu yen.

Kakak senior kata, ala baru first year, skrg korang rilek lagi. Kahkahkah. But here got no shopping mall ma. Memang aku duduk sini makan tido belajar solat dan tido dan makan dan ulanglah bende yg sama.

Aku tak basuh baju ke? Aku tak sapu sampah ke? TAK. Jawapannya Tak. Sbb ada moshi yg tolong sapukan bilik, bersihkan toilet dan basuh baju aku everyday haha. Sebulan aku bayar dia rm10 utk basuh baju. Service lain dah termasuk dlm yuran hostel. Oh aku tak memasak jugak, sbb xde tempat masak kat hostel ni

Air kat sana bersih ke? Haa tengok ni, 5litre lebih kurang rm5, aku call je bhaiya imran tu, nanti dia hantar tong air ni depan hostel huhu.



Letih senanya, ahad je holiday. Kelas isnin sampai sabtu, dari pukul 9am sampai 5 pm. Rehat pukul 1-2pm je. Pukul 6 dah magreb, and curfew kol 6pm so aku takleh kluar hostel. Maka mereputlah aku dlm hostel sampai esok pagi.

So if bila cuti, aku jalan2 berholiday, korang kata "mentang2 duduk oversea, asyik berjalan je keje" memang aku cungkil biji mata kau

Nota kaki: VKIDS stands for VK Institute of dental science

Tuesday 10 November 2015

trip to manipal

So ceritanya aku, wani dan kak Jannah berbackpacking dari belgaum menuju ke manipal. Sebelum pergi ni, puas aku susun ayat nak mintak permission dari mama hahaha.

Bas kami gerak pukul 8. Perjalanan amik masa lebih kurang 8 jam. Peh excited la jugak sebab first time keluar dari belgaum yang kampung ni. Lepas keluar tol je, aku ingatkan masuk lebuh raya, ala macam lebuh raya utara selatan tuuu, rupanya jalan dia ada yg okay ada yg gedegak gedeguk jugak la. bas takde aircond, tp sejuk gila, mungkin sbb malam kot. 

naik bas yang ada katil. saya jakun haha. 

 Sepanjang perjalanan, macam macam aku bau. Ada bau makanan (ada stall tepi jalan) ada bau taik lembu, bau asap, bau hangit, bau petrol, dan ada satu bau aku taktahu la sape yg berak dalam masa  1 2 minit. Busuk -.- tp sekejap jelah, pahtu aku terus tidur.

Sampai je manipal dalam pukul 5 pagi. Kami pergi rumah kawan kak Jannah. Kawan kawan kak Jannah takde, tp mereka tinggakan rumah, motor, cokelat dan duit untuk kami. Wehh diorg baik gila walaupun tak jumpa on that day.



area universiti manipal

Mula mula pergi end point. End point ni macam garden atas bukit. Ada apa atas tu? Ada padang, garden, tempat jogging berkelah, and boleh tengok pemandangan dari atas bukit. Cantiklah jugak
Nak sampai ke end point tu agak jauh la jugak.
"sementara nak sampai hujung skali, jom kita baca al mathurat" kata kak jannah



"akak pernah solat dhuha kat sini dgn kwn2 akak"
 Kemudian kami jalan kaki dari end point tu ke university manipal. Besar gila weh manipal. Depan tu ada food court, aku makan kuey teow udang. Sedappp! Oh semestinya sedap dan memenuhi cita rasa orang melayu hahaha
"alah, kat malaysia pun ada" kata seseorang bunyi mcm tak puas hati hahaha

Kemudian kami pergi jalan kaki ke bandar manipal. Lebih kurang macam belgaum jugak, Cuma manipal ni tenanggggg je. Takde pun orang nak hon sana hon sini. Pegi kedai souvenir nak beli magnet fridge tu tapi takde jual pulak. Noob betul hahaha.

Lepastu kitorg minum jus. Manis gila! Lepas minum2 borak2 kami pergi ke hanging bridge. Jauhhhh sangat macam kene masuk dlm hutan gitteww. Lepas tu naik sampan. Terasa letih jugak la time tu mungkin sbb dah tengah hari
"kenapa aku dilahirkan kat malaysia? mungkin kalau aku lahir kat sini, dlm hutan,
aku takleh survive. Allah tahu"

gereja

Balik je kami terus shahid, tido hahaha

Dalam pukul 3 kami keluar balik, naik motor 3 orang pusing satu bandar. Yes, naik motor 3 orang, heshtag only in india hahaha. kat Manipal ni ada jugak dominos, kfc, kedai2 hipster. yang paling best ada pizza hut dan pizza dia halal. Bestnyeee dak dak manipal boleh makan pizzaaaaa

Dalam pukul 4.30 kami naik auto pergi pantai. Meriah gilaaa pantai diaaa. Ada unta ada kuda ada kriket ada parasailing ada banana boat ada fun fair ada tugu mahatma Ghandi, and gerai tepi jalan.

happy belated besday ghandi!


funfair. haa nampak tak parasailing kt atas tu. nak naik kene byr rs800 (rm40)



"awak, ni pantai, bukan padang pasirrr"

Kami bentang alas dan duduk tengok sunset. mashaAllah cantik sgt! Lepastu solat kat tepi pantai. Dlm pukul 630 dah gelap kitorg baring dan tengok bintang. Romantik kan wakaka
sunset yg cantik. tapi aishah lagi cantik. wakaka perasan.


kak jannah kata, dia dpt rasakan Allah sedang marah skrg ni.
"macam mana akak tahu Allah tgh marah?"
"entah, akak dpt rasa"
Lepastu kami makan kat sizzler. order 3 bende je, squid butter chicken, mixed seafood sizzler and lobsterrrrrr hohohhoo. Sila terliur.





Terima kasih kakak2 manipal yang telah meminjamkan rumah, motor dan belanja kami bertiga. Nak nangis keterharuan!

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu jelajahi, maka jelajahilah disetiap penjurunya dan makanlah sebagahian daripada rezkiNya dan hanya kepadaNya kemu kembali (setelah dibangkitkan)"
67:15



Sampai KLE semula dalam pukul 6.30pagi. Subuh dalam bas. Pukul 9 pagi aku pergi kelas. Skema gila kan! hahaha









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...