Sunday 20 September 2015

first time datang india

Bila dengar perkataan india, kau mesti cakap kat aku, KOTOR, MAKANAN TAK SEDAP, HANCING, ORANG BERAK MERATA, tapi setakat ni aku tak nampak lagi semua tu hahahaha

Kotor, hmm biasalah orang buang sampah merata, alah kalau kat Malaysia pun contohnya engkorang bukan behave sangat pun puntung rokok dalam tong sampah hahahaha. Sori ok memain je, Malaysian behave. Tapi yelah, sini sampah byk gak ah, and kesian gak ah dengan mereka yang miskin, duduk kat tepi2 tu, kotor.
Makanan tak sedap, hmm hari first aku sampai senior bawak masuk kedai makan. Nampak sedap, ada nasi, ayam masak apa tah, cendawan sambal. Cendawan je sedap hahaha. Esoknya breakfast makan tosei. Tapi senanya food sedap senang je nak dapat, kalau nak food Malaysia, USM-KLE ada hehehehe. Sedap! And ada satu kedai tu, nasi biriyani dan ayam kebab, sedap!! Oh and jangan risau ayam tak sembelih ke apa, sebab sini ramai muslim and ayam diorang yang sembelih. Dominos takleh makan sebab ada pork, baskin robin, kfc sume ade.
Hancing or berak merata tuuuu, aku tak jumpa lagi. Nanti kalau aku dah jumpa aku bagitau eh hahahahahahaa.
Aku IMPRESS dgn DRIVING SKILLS diorang. Hon sana hon sini. Pening kepala aku. Orang kata hon pendek tu tanda say ‘hai’. Kalau hon panjang tu tanda, ‘hoi tepi sikit lah!’. Haritu aku naik, auto, auto ni macam teksi, tapi dia motor 3 tayar. Auto tu seboleh boleh nak menyelit sebelah lori, kereta, lembu, motor, basikal, segalanya lah. Jalan dia bertar jangan risau haha. Tapi ada certain tempat tu gedegak gedeguk jugak la (lubang2), ada jalan yang okay. Kalau aku nampak orang eksiden aku bgtau eh hahahah
HOSTEL
Aku tak puas hati betul dengan warden2 hostel ni. Curfew pukul 6 petang. Seboleh boleh taknak kasi kitorg keluar. Pahtu, setiap hari kena tanda attendance kat buku dia. Eh dia ingat aku nak lari kemana. Katanya kat sini banyak ragging! Bahaya! Ada kakak senior datang bilik aku nak borak2 pun dia nak halau. Katanya takut kakak tu ragging. Eh kalau kitorg tengah gelak2 tu maksudnya kene ragging ke. First day breakfast and dinner after curfew pun warden nak ikut kitorg makan. Hahah aku rimas. Tapi mungkin elok la untuk keselamatan.
Tadi shasha, alya dan nurul nak keluar gate hostel perempuan (bukan gate university), makan kat luar untuk breakfast pun dia nak ikut. Mungkin sebab budak baru kot ._. whatever. Kalau dia nak ikut aku jogging pagi2 memang aku sekeh kepala dia hahahhahahahaha
Sori burst. Seronok kat sini, pengalaman baru. Hari isnin masuk kelas, doakan ye!! University life nanti aku cerita, so far tengok uni okay and selesa jugak untuk belajar hehehe.
And lupa nak citer, first day sampai Bangalore, ada burung dari langit dan berak kat blazer aku. Yeay. And ada Malaysian night next month, kena menari katanya -.-Papepun, syukur alhamdulillah! Orang kata kena banyak bersyukur hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...