Sunday 13 September 2015

Kisah di malam hari

Semalam, aku memberanikan diri keluar rumah. Aku naik motor, sorang2.
Aku tahu, keluar tengah2 malam keseorangan ini sangat bahaya, terutama perempuan. Tapi taktahu kenapa, aku keluar juga sebab lapar nak beli makanan. Sampai sahaja di bandar, aku parking motor aku di sisi jalan, dan kunci motor aku. Aku terkejut, jalan raya terlalu bersepah. Sepanjang jalan di muar ni, ada banyak eksiden, ambulans di mana mana, kertas2 iklan bertaburan dan polis berada di setiap hujung jalan. Aku mengabaikan apa yang aku lihat dan terus mencari makanan. Asalkan aku parking di tempat yang betul, dan tak mengganggu kerja2 ambulans dan polis, tak kisah la kan

Aku mencari cari dimana boleh ku cari makan. Tiba tiba, ada sekumpulan gangster muncul di hadapan aku. Sorang pegang kayu besbol, sorang pegang kapak, sorang pegang kayu.... cuak woi. Apa lagi, aku pun lari lerr. Nasib baik fitness aku mantap lagi, aku menyorok di celah celah bangunan, sambil memerhatikan gangster tadi. Mereka dah tak jumpa aku, so diorang pegi rosakkan kereta2 kat situ. Habis pecah cermin2 kereta kat situ.

Okay aku nak balik pun, cuak gak ah sebab motor aku kat situ. Lalu sekilas aku terpandang satu gerai. Ada 3 4 orang kat situ, so yeah, rasa selamat gak ah. So aku approach gerai tu, dia jual nasi tomato kot entah, yang pasti nampak sedap, aku tahu makan je. Hahaha.

Ada seorang pelanggan ni sambil dia pilih makanan, dia tanya penjual tu.
"Akak ni banyak dosa, adik rasa dosa akak ni boleh di ampunkan ke?"
Pastu penjual tu pun beri kata kata nasihat kat kakak tadi. Sambil dia hulurkan makanan, dia hulurkan sekeping kertas, katanya dalam tu ada panduan (mungkin panduan solat taubat ke ape ke aku taktahu). So kakak tadi hulurkan duit, sambil dia tunggu baki, dia letak balik kertas tadi kat tepi gerai tu dgn sekeping surat. Penjual tadi tak perasan pun. Aku peratiiii je. Hahaha

Lepas kakak tu beredar, aku pulak pilih makanan, pastu aku tanya, "kakak tadi selalu ke datang beli makanan?"
Penjual tu kata, selalu gak ah, almost everyday. Pastu aku borak2 la sikit dengan dia sambil pilih makanan. Penjaual tu kata dia hidup susah, sorang2,xde keluarga. Sebelum aku beredar, aku pun tunjuk surat yang kakak tu letakkan balik kat penjual tu. Penjual tu terkejut, dan pelik. Dia baca surat tu dan menangis. Aku tanya, kenapa? Dia tak jawab. Kemudian dia tunjuk surat tu kat aku, yg tertulis didalamnya "sebenarnya saya kakak awak. Kita adik beradik"
Fuyo macam drama kan. Aku pun peluk penjual tu, taktahu nape tapi aku rasa she needs hug hahahha

Tiba tiba ada orang sentuh bahu, dan katanya " cahhh, dah solat subuh belum?"

Rupanya aku bermimpi. Sekian

By the way, aku takde lesen motor. Sori post cerita sampah wakakaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...