Sunday 20 December 2015

1st internal exam bds

Hai semua

KLE dah start cuti, so yeah, now tak tahu nak buat apa
Nak baca buku, malas, al maklumlah baru habis exam

Sebelum exam, aku tanya senior2, macam mana first internal diorang?
Antara jawapan yang aku dapat,
"its okay to fail, dont be so sad"
"saya tak pernah pass semua internal exam, kecuali final exam"
"akak dulu pass je, jangan risau"
"lecturer akan tanda strict gila, lagi2 anatomy, dia akan make sure student gagal" HAHA
"1st internal senang je, baca je past year questions"
"nanti tengoklah perangai tempe cane"

Few weeks before exam memang aku study struggle gak ah, baca pyq, buat nota bagai
Tapi aku taktahu kenapa, few days before exam aku malas gila hahaha
Tengok rumet tido awal, aku tersedar kol 3 dia study, kol 6 dia study.. aku...tido lol

Okay lepasni tak main2 lagi hehe

First skali practical DADH (dental anatomy dental histology)
Ada 11 sections, kena identify slides, cast, and extracted tooth, 3 minutes each
Every 3 minutes dia ring a bell, and kena move to next slide
First slide aku, aku tgk early bell stage of tooth, menggigil tangan nk lukis cepat2
Yang best nya bila aku tengok slide yg terakhir, itu yg early bell stage, abestu slide yg awal2 tadi apa?
Aku cross balik lukisan first slide tu, aku lukis advance bell stage

Hari jumaat lecturer bagi balik paper, rupanya apa yg aku cross tu la yang betul. lulss

Pastu ada carving
Aku carve central maxillary central incisor
Nampak mcm senang, memang la senang compared to lateral
Dpt 18/25. Erm oklah tu lol

Pastu ada viva
Aku dapat lecturer yg baik gila. dia tanya soalan simple je. alhamdulillah bolehlah jawab.
Tapi ada satu soalan dia tanya, "what is the shape of dentinoenamel junction, why"
"Scallope, ermm i dont know mem. hehe"
Tersengih sekejap

Theory
Theory ah paling best. pattern utk anatomy, biochem, physio, dadh, semua sama je.
nak tahu soalan dia mcm mana? ha cani
"describe pituitary gland" (10m)
"describe digastric triangle" (3m)
"describe how HCl is produce in stomach"
"describe neural crest cell"

Bila aku tengok pattern soalan ceni, memang point dia, kalau kau hafal, kau boleh jawab
Bukan macam a level, yg menguji minda, kritikal thinking bagai tu
Tapi ceritanya banyak gila nak kena hafal hahahaha
InsyaAllah aku akan cuba. Patutlah senior ckp baca past year je lol

Aku duduk depan, so aku tgk tempe2 semua tekun ah menjawab, takde yg meniru pun mcm apa yg aku baca dlm blog and dgr dari senior2. Bila habis je semua exam, kwn2 aku yg duduk belakang ckp, tempe bukan takat meniru, siap berbincang lagi hahahaha. Masa exam dadh, ada sorg kena keluar sebab kantoi. Hmm macam2 perangai. Eceh macamlah kita dulu tak penah meniru. Haha. Penah je tiru, tapi masa zaman jahiliyah dulu lerrr.

Ok senanya aku bosan, sbb tu cerita psl exam, tah pape lah

nota kaki: niat bukan membuka aib tempe, im not even mention their names. ada je tempe yg tekun, cuma kita sebagai pemerhati, janganlah ikut perangai yg tak baik. jangan meniru masa peperiksaan, tak berkat. Allah tengok usaha kita, jgn risau kalau gagal, ada hikmahnya
*cuba menenangkn diri jika diri sendiri gagal* hahahahha

doakan saya ye semua hehe

Thursday 17 December 2015

Makanan di Belgaum

hye peeps, ni gambar masa kat airport bangalore



so disebabkan disini tiada shopping mall, saya akan bercerita tentang makanan

FISRT TIME BREAKFAST
di MESS (dewan makan hostel)
dosa hahaha. bad impression betul. oh, dosa ni tosei senanya

so hari kedua terus aku beli epal. hahahaha


tapi kan, sebenarnya setiap hari selasa, mess akan sediakan aloo parotha. so setiap hari selasa aku akan breakfast kat situ, bayar rs50 (RM3.30), boleh dapat parotha dan kuah dia, dan teh panas. Konsep mess kat sini, bayar je, pahtu tambah la makanan 10 kali pon takpe. 

And hari rabu ada puree, hari ahad ada roti telur. sedappp. 
Pergilah gugel puree dan parotha tu apa haha. Ni je breakfast mess plg sedap

USMKLE

ni chicken sandwich usmkle, ada chicken and cheese nyum nyum



ni kek yg ada jual kt usm, lebih kurang RM3.50. yummyy


oh kat usm kle ada juga mess (lunch and dinner) kadang2 kalau aku ada masa, aku makan kat situ. Sedap, pandai tempe masak ikut taste org melayu. Now dia ada jugak jual tomyam. huhuhu

SENIOR

Senior kan sini suka belanja makan. Alhamdulillah. 
Dan selalunya kalau makan nasi tu, makan dlm dulang

kak jannah masak

kek daripada kak ana


 sambut raya korban kat rumah kak lina

kak ana buat beef pie.

Sebenarnya ada baaaanyakkkkk senior belanja makan, takkan nak letak semua haha. 

MOMOS

For me, momos is the best chinese food kat sini. 
Erm cane nak decribe eh, sedap la senang citer haha
makanan sedap sangat sampai tak sempat nak amik gambo



 WILD SUGAR

ni kedai kek. So setiap kali birthday, kitorg beli kek kat sini
Rasanya banyak gila kek dan masuk dlm perutku huhu




BASYIR
Basyir ni dia bukak satu kedai namanya Malaysian Mess. Dia pernah bukak kedai mamak 10 tahun kat Malaysia. So, kat sini ada nasi lemak, nasi goreng, roti canai, roti sardin, roti telur, nasi ayam, rojak....


(nasi ayam kamalesh belanja hehehe)

 CAFE COFFEE DAY

Ni macam lebih kurang kafe hipster la. 
Baru pernah sekali je celebrate makan kat sini sempena sebulan kat india lol

coffee dia macam lebih kurang coffee planet kat shah alam tu. oh sandwich ada ada yg sedap ada yang biasa je. And ada satu sizzler ni, ada kek pahtu ada aiskrim atas dia hmm yummy




NIYAAZ
ni aku saje nak try sizler niyaz. Sedap! Antara makanan lain yang aku pernah rasa, chicken beriyani dia, kentang apa tah, chicken chilly, hmm banyaklah lagi


spegeti kat niyaz


MARAKESH
ni food ala2 nasi arab. First time dtg kitorg makan nasi beriyani dia. sedap! ni dari atas nampak sikit, tapi 1 mangkuk tu boleh share 3 orang. Tapi aku taktahu cane kawan2 aku boleh habiskan semua sorang2 hahahaha

behind the scene...

ni cekelat dapat dari kakak senior. Takde jual kat sini :(

tapi nak cakap biskut2 kat sini sedap dan murah haha

 Sekarang musim sejuk, so banyak stroberi hehehee. Ni stroberi Nurul, tapi biasalah kerja pow mengepow tu luls

Dan kat sini ada kepci, mekdi, dominos, baskin robin. Malangnya dominos tak halal hahaha
Ada juga aiskrim aditiya, rs25 jeee sedapppppppppp

Tadi aku minum air kelapa tepi jalan, terus cirit birit hahahah


Nota kaki: aku membahasamelayukan blog ni sebab tempe. Tahu tak tempe tu apa. Lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...