Thursday 31 January 2013

Tahukah anda?


Tahukah anda bahawa claxane dan heparin mempunyai fungsi yang sama which is to prevent blood clotting bila nak buat pembedahan? Yang membezakannya ialah claxane mempunyai protein babi manakala heparin halal dan bebas drpd benda haram tu. dalam perubatan, kalau takde choice dan niat ingin menyelamatkan pesakit, tak jadi masalah. Tapi apabila kita ada ubat yang halal, why not kita guna yang halal kan.
#sedutan novel denyut kasih medik ^_^



Tahukah anda bahawa bayi mempunyai kebolehan untuk menyelam dan kebolehan itu makin lama makin hilang. Jika anda melatih anak anda berenang dari kecil, dia akan jadi seperti anak dr sheikh muzaffar. Memang jarang dilakukan oleh para ibu bapa di Malaysia. Tapi kat oversea ada je parents yang ajar anak dia berenang, kat Australia kalau tak salah.

sabda nabi: ajarlah anak kamu berenang, menunggang kuda dan memanah

Tahukah anda bahawa wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap berbanding lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding lelaki. Tapi believe me or not, lelaki selalunya mempunyai lebih daripada satu girlfriend dan jantung mereka juga akan berdegup lebih laju jika diketahui isteri.


Tahukah anda jika 111,111,111 didarabkan dengan 111,111,111 hasilnya akan jadi 12345678987654321. Tak percaya? ce tekan sendiri kakilater 570 anda.



Tahukah anda lebih 90% manusia di dunia ini akan basahkan ubat gigi kt berus gigi dia sebelum menggosok gigi. Kenapa ya? Entah. Yang girls pula mereka percaya yang ubat gigi mampu menghilangkan jerawat., tapi make sure ubat gigi yang takde bahan pemutih la.
*aku baca kat mana tah. tak penah try la pulak.



Tahukah anda bahawa saya tengah bosan sebab tu saya tulis blog dan saya tulis blog ni sambil tengok lagenda budak setan 2 kat youtube malam malam sorang sorang. lols. kbye.

dalam cerita ni semua orang nak mati. tah pape. ni la cerita melayu.

Friday 25 January 2013

Tips melarikan diri dari mengumpat

MENGUMPAT
semua orang tahu benda tu salah. haram. berdosa. masuk api neraka. bla bla..
tapi kadang-kadang, kita sendiri tak sedar kita mulakan umpatan
tak kiralah semasa minum kopi ke, di facebook ke, dan sms pon boleh jadi medan umpatan tahu tak

Pernah dapat tak text macam ni?
kita buka mesej, ingatkan ada benda penting, tp siapa sangka bunyi sms tu mcm ni..





reply la text tu dengan penuh tak bersemangat




sebaiknya, eloklah kita menasihati dia. tapi nasihat ayat kena power, biar secara berhikmah
supaya tak berlaku pergaduhan. tapi tak semua ada kelebihan untuk guna ayat power tu
sometimes, ada orang yang kena kawan rapat dia je tegur, kalau orang lain tegur, nanti dia melenting

Ini beberapa cara yang boleh anda buat kalau orang ajak mengumpat. aku tak kata semua cadangan aku ni betul, tapi okay gak kot. hahaha. (nama-nama dan cerita yang direka adalah rekaan semata-mata)

1. Buat-buat busy atau mengejar masa. Kalau tak pakai jam time tu, tanya kat dia "da pukul berapa ye sekarang?"

2. Cuba selitkan sekali-sekala keburukan kita. Ini menunjukkan kita juga ada kelemahan dan kita sama sekali tidak layak untuk mengutuk orang


3. Muat mimik muka yang membosankan menunjukkan kita tak berminat nak dengar. Jangan pula tambah ayat2 yang membuatkan dia ingin menyambung cerita itu, eg : "oh macam tu ke kak semah.. laa lagi lagi??"


4. Tukar topik tukar topik tukar topik tukar topik.

adoi penatnya melukis guna paint. kbye.




Wednesday 16 January 2013

temuduga TERTUTUP



SEMUA ORANG WAJIB HADIR!

Kekosongan jawatan:
1. ahli syurga dari awal
2. ahli neraka dari awal
3. ahli neraka sementara kemudian dilantik menjadi ahli neraka


Empat ganjaran lumayan (khas utk jwtn 1)
1. nikmat kubur
2. perlindungan padang mahsyar
3. keselamatan titian sirat
4. syurga yang kekal abadi


Tarikh temuduga
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat anda baca iklan menarik ni


Lokasi temuduga
Dalam kubur~


Kelayakan
Anda takyah bwk sijil
Anda takyahpingat
Anda takyah bawa wang atau harta
Anda tak perlu rupa paras yang cantik dan hensem
Anda tak perlu berbadan tegap atau seksi
Anda tak perlu ada bakat suara merdu bak buluh merindu
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal

Panel temuduga
malaikat Munkar dan Nakir

Enam soalan bocor
1. Siapa Tuhanmu?
2. Apa peganganmu?
3. Siapa nabimu?
4. Apa agamamu?
5. Dimana kiblatmu?
6. Siapa saudaramu?

Everyone shall taste DEATH and only the day of resurrection, shall you be paid your wages in full. And whoever is removed away from the FIRE and admitted to PARADISE,  he indeed is successful. The life of this world is only the enjoyment of deception 


pesanan untuk teman



kadang-kadang,
kita mahu seseorang
untuk mendengar masalah kita
untuk mendengar cerita kita
untuk mendengar isi hati kita
kerana kita yakin
dia akan setia mendengar
dan memberikan kata-kata semangat

tapi pernahkah kita terfikir
apabila kita mencari orang yang sama untuk bercerita
apakah perasaan sahabat itu
yang seolah-olah dipaksa untuk mendengar
apa yang kita luahkan

dek kerana ingin menjaga hati kita
sahabat itu sanggup untuk meluangkan masa
menghabis wang untuk anda
mengabiskan tenaga menemani anda

kadang-kadang
kita perlu sedar
perasaan mereka juga perlu dijaga
mereka juga ada benda lain nak diuruskan
ada keluarga untuk diberi perhatian
ada kerja yang ingin diselesaikan




Sunday 13 January 2013

Merlin



Aku rasa Merlin hero yang tak hensem tapi hebat. haha.

season 1

Watch the epic battle on 14th of January 2013!

season 5


#Apesal aku addicted sangat cerita ni. kbye

Tuesday 8 January 2013

wahai wanita

wahai wanita
jangan takut untuk berubah
tutuplah auratmu
jagalah maruahmu
kerana kamu sangat berharga
 
kenapa terlalu banyak nasihat untuk wanita
kerana hadis sahih ada menyatakan
majoriti penghuni neraka ialah golongan wanita
jadi, mereka perlu dilindungi

jika ada jejaka menghampirimu
dan mempu mengubah kamu kearah kebaikan
cintailah dia dan sayangilah dia
lelaki soleh pasti akan membantu kamu 

tapi jangan ingat perempuan je gedik
siapa lelaki gedik?
lelaki yang sibuk post bagaimana ciri-ciri perempuan idaman
nak wanita solehah tapi diri sendiri tak cuba jadi yang terbaik
kadang-kadang poyo sebab ramai perempuan like status dia

dia suka kamu?
pasti dia berani nak jumpa walimu



ayat kopipaste. hahaha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...