Tuesday 10 November 2015

trip to manipal

So ceritanya aku, wani dan kak Jannah berbackpacking dari belgaum menuju ke manipal. Sebelum pergi ni, puas aku susun ayat nak mintak permission dari mama hahaha.

Bas kami gerak pukul 8. Perjalanan amik masa lebih kurang 8 jam. Peh excited la jugak sebab first time keluar dari belgaum yang kampung ni. Lepas keluar tol je, aku ingatkan masuk lebuh raya, ala macam lebuh raya utara selatan tuuu, rupanya jalan dia ada yg okay ada yg gedegak gedeguk jugak la. bas takde aircond, tp sejuk gila, mungkin sbb malam kot. 

naik bas yang ada katil. saya jakun haha. 

 Sepanjang perjalanan, macam macam aku bau. Ada bau makanan (ada stall tepi jalan) ada bau taik lembu, bau asap, bau hangit, bau petrol, dan ada satu bau aku taktahu la sape yg berak dalam masa  1 2 minit. Busuk -.- tp sekejap jelah, pahtu aku terus tidur.

Sampai je manipal dalam pukul 5 pagi. Kami pergi rumah kawan kak Jannah. Kawan kawan kak Jannah takde, tp mereka tinggakan rumah, motor, cokelat dan duit untuk kami. Wehh diorg baik gila walaupun tak jumpa on that day.



area universiti manipal

Mula mula pergi end point. End point ni macam garden atas bukit. Ada apa atas tu? Ada padang, garden, tempat jogging berkelah, and boleh tengok pemandangan dari atas bukit. Cantiklah jugak
Nak sampai ke end point tu agak jauh la jugak.
"sementara nak sampai hujung skali, jom kita baca al mathurat" kata kak jannah



"akak pernah solat dhuha kat sini dgn kwn2 akak"
 Kemudian kami jalan kaki dari end point tu ke university manipal. Besar gila weh manipal. Depan tu ada food court, aku makan kuey teow udang. Sedappp! Oh semestinya sedap dan memenuhi cita rasa orang melayu hahaha
"alah, kat malaysia pun ada" kata seseorang bunyi mcm tak puas hati hahaha

Kemudian kami pergi jalan kaki ke bandar manipal. Lebih kurang macam belgaum jugak, Cuma manipal ni tenanggggg je. Takde pun orang nak hon sana hon sini. Pegi kedai souvenir nak beli magnet fridge tu tapi takde jual pulak. Noob betul hahaha.

Lepastu kitorg minum jus. Manis gila! Lepas minum2 borak2 kami pergi ke hanging bridge. Jauhhhh sangat macam kene masuk dlm hutan gitteww. Lepas tu naik sampan. Terasa letih jugak la time tu mungkin sbb dah tengah hari
"kenapa aku dilahirkan kat malaysia? mungkin kalau aku lahir kat sini, dlm hutan,
aku takleh survive. Allah tahu"

gereja

Balik je kami terus shahid, tido hahaha

Dalam pukul 3 kami keluar balik, naik motor 3 orang pusing satu bandar. Yes, naik motor 3 orang, heshtag only in india hahaha. kat Manipal ni ada jugak dominos, kfc, kedai2 hipster. yang paling best ada pizza hut dan pizza dia halal. Bestnyeee dak dak manipal boleh makan pizzaaaaa

Dalam pukul 4.30 kami naik auto pergi pantai. Meriah gilaaa pantai diaaa. Ada unta ada kuda ada kriket ada parasailing ada banana boat ada fun fair ada tugu mahatma Ghandi, and gerai tepi jalan.

happy belated besday ghandi!


funfair. haa nampak tak parasailing kt atas tu. nak naik kene byr rs800 (rm40)



"awak, ni pantai, bukan padang pasirrr"

Kami bentang alas dan duduk tengok sunset. mashaAllah cantik sgt! Lepastu solat kat tepi pantai. Dlm pukul 630 dah gelap kitorg baring dan tengok bintang. Romantik kan wakaka
sunset yg cantik. tapi aishah lagi cantik. wakaka perasan.


kak jannah kata, dia dpt rasakan Allah sedang marah skrg ni.
"macam mana akak tahu Allah tgh marah?"
"entah, akak dpt rasa"
Lepastu kami makan kat sizzler. order 3 bende je, squid butter chicken, mixed seafood sizzler and lobsterrrrrr hohohhoo. Sila terliur.





Terima kasih kakak2 manipal yang telah meminjamkan rumah, motor dan belanja kami bertiga. Nak nangis keterharuan!

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu jelajahi, maka jelajahilah disetiap penjurunya dan makanlah sebagahian daripada rezkiNya dan hanya kepadaNya kemu kembali (setelah dibangkitkan)"
67:15



Sampai KLE semula dalam pukul 6.30pagi. Subuh dalam bas. Pukul 9 pagi aku pergi kelas. Skema gila kan! hahaha









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...