Friday 25 January 2013

Tips melarikan diri dari mengumpat

MENGUMPAT
semua orang tahu benda tu salah. haram. berdosa. masuk api neraka. bla bla..
tapi kadang-kadang, kita sendiri tak sedar kita mulakan umpatan
tak kiralah semasa minum kopi ke, di facebook ke, dan sms pon boleh jadi medan umpatan tahu tak

Pernah dapat tak text macam ni?
kita buka mesej, ingatkan ada benda penting, tp siapa sangka bunyi sms tu mcm ni..





reply la text tu dengan penuh tak bersemangat




sebaiknya, eloklah kita menasihati dia. tapi nasihat ayat kena power, biar secara berhikmah
supaya tak berlaku pergaduhan. tapi tak semua ada kelebihan untuk guna ayat power tu
sometimes, ada orang yang kena kawan rapat dia je tegur, kalau orang lain tegur, nanti dia melenting

Ini beberapa cara yang boleh anda buat kalau orang ajak mengumpat. aku tak kata semua cadangan aku ni betul, tapi okay gak kot. hahaha. (nama-nama dan cerita yang direka adalah rekaan semata-mata)

1. Buat-buat busy atau mengejar masa. Kalau tak pakai jam time tu, tanya kat dia "da pukul berapa ye sekarang?"

2. Cuba selitkan sekali-sekala keburukan kita. Ini menunjukkan kita juga ada kelemahan dan kita sama sekali tidak layak untuk mengutuk orang


3. Muat mimik muka yang membosankan menunjukkan kita tak berminat nak dengar. Jangan pula tambah ayat2 yang membuatkan dia ingin menyambung cerita itu, eg : "oh macam tu ke kak semah.. laa lagi lagi??"


4. Tukar topik tukar topik tukar topik tukar topik.

adoi penatnya melukis guna paint. kbye.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...