Wednesday 16 January 2013

pesanan untuk teman



kadang-kadang,
kita mahu seseorang
untuk mendengar masalah kita
untuk mendengar cerita kita
untuk mendengar isi hati kita
kerana kita yakin
dia akan setia mendengar
dan memberikan kata-kata semangat

tapi pernahkah kita terfikir
apabila kita mencari orang yang sama untuk bercerita
apakah perasaan sahabat itu
yang seolah-olah dipaksa untuk mendengar
apa yang kita luahkan

dek kerana ingin menjaga hati kita
sahabat itu sanggup untuk meluangkan masa
menghabis wang untuk anda
mengabiskan tenaga menemani anda

kadang-kadang
kita perlu sedar
perasaan mereka juga perlu dijaga
mereka juga ada benda lain nak diuruskan
ada keluarga untuk diberi perhatian
ada kerja yang ingin diselesaikan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...