Thursday 10 March 2016

Api kemarahan

Pernah kau rasa marah yang amat sgt
Org kata api kemarahan ni,
Jangan dibalas dgn api,
Jangan juga dibalas dgn ego yang tinggi.

Orang yang marah ni sebenarnya sedang lelah,
Lelah kerana kurang bergantung pada Allah.

Ingatlah ketika Rasulullah bersedih dengan fitnah terhadap Aisyah
Yang mengatakan isterinya telah berzina dengan orang lain
Yang telah mencalar kebahagiaan antara mereka

Apa tindakan baginda?
Baginda pukul aisyah?
Baginda memaki hamun isterinya?
Baginda membunuh lelaki tersebut?

Tidak. Rasullulah hanya berdiam diri
Tak bercakap dgn Saidatina Aisyah
Dan terus berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk dan kekuatan

Usah diatanyakan mengapa
Lewat turunnya wahyu itu
Wahyu yang membuktikan kepalsuan tuduhan pendusta itu

Ada hikmahnya
Tuhan tidak akan pernah mempersia sia ketabahan seorang insan

Kawalkan kemarahan kamu. Kawallah.

Sebenarnya aku baru je frust dgn pos office kat sini. Sbb posmen bagi parcel aku kat org lain. Dan seminggu lepastu masih tak dpt lagi barang aku.

Aku marah pekerja pos office, aku cari moshi yg amik parcel aku, aku marah sekeliling aku (classmate) masa dlm lab. Kalau boleh aku nak cari posmen tu sbb dia kasi moshi instead of call aku dulu. Petang tu baru aku dpt parcel aku, rupanya warden yang terlupa nak passkan parcel tu kat aku last week.

Aku duduk dan sedar, setiap org yang aku marah tu, tak sepatutnya menerima makian dari aku. Maafkan aku semua

Ketika kamu marah dlm keadaan berdiri, maka duduklah, jika sedang duduk,maka baringlah, istighfar dan mohonlah pada Allah.

Nota kaki: Aku bukan nak buka aib sendiri, tapi ambillah pengajaran. Jangan marah tak tentu pasal. Haha. Sbb tu aku lebih suka let me cool down first baru cakap ngan aku hahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...