Thursday 25 February 2016

Judgmental

Terlalu banyak benda negatif utk aku sbelum aku ke india, contohnya "hati2 cah, org india kat sana......" Tapi realitinya kita menilai mereka secara luaran dan tipikal

Haritu aku pegi beli barang
Pahtu aku tertinggal wallet dlm troli
Aku sampai kolej tiba2 ada org call aku
"Madam, you left your wallet, come to Reliance fast"
Terima kasih pakcik kerana jujur

Boleh ke aku nak conclude semua tempe baik? Tak.

Ramai je orang baik dan orang jahat dlm dunia ni, tak kira bangsa ataupun agama
Kita takleh label orang2 bangla yang dtg kat malaysia tu dgn gelaran "bangsa perogol" hanya kerana satu atau dua orang di antara mereka yang telah bikin kacau di malaysia

Kita marah bila ada org melabel islam sebagai terorist, hakikatnya hanya segelintir org islam sahaja yang buat masalah

Dulu kalau aku nampak orang nepal kat malaysia je aku rasa insecure, "hati2, mereka jahat" gerak kata hati aku. Aku rasa org nepal tu semua perogol. Tanpa aku sedar, sekarang ni aku memuntut ilmu dgn beberapa PG berbangsa nepal, ilmu mereka sgt tinggi dan tak lokek ilmu langsung.

Tengok viral baru2 ni, ada seorang vlogger comparekan sekolah kerajaan dan international. Panas hati netizen bila dia cakap cikgu2 kerajaan buat keje cincai2. Dulu aku kt ssp, cikgu2 kat sana macam mak sendiri, kalau student sakit, mereka lah yg bwk ke klinik, kadang2 sampai sanggup buat extra class, burn weekend dan waktu berehat mlm2 dgn family sbb sanggup ajar kitorg. 

Mungkin si vlogger tu refer kepada beberapa orang cikgu yg buat keje cincai kot? Tapi tak bolehlah kita kalau nak buat konklusi "cikgu kerajaan tak qualified. Cikgu internation bagus thp dewa"

Kt KLE ni pun ada je lecturer yg mengajar bosan nak mati, sampai aku tak tahu lecturer ni sedang mengajar ke sedang mendodoi student utk tido. 

Boleh ke aku conclude pengajar di kle tak best?

Tak, tak boleh. Sbb ada ramai je lecturer yg ajar mantap gila, dia terang satu2 and make sure student faham betul2. Pengalaman diorg sgt mantap.

Sama juga dgn perangai kita yg suka compare skolah.

"Kau budak maahad? Mesti kau ALIM!"
"Eh kau free hair ke senanya? Bukan kau skolah maahad ke?"

"Kau skolah asrama penuh? Mesti pandai kan"
"Kau skolah vokasional? Kesian..."

Oh please.

Stop being judgemental. 

Pesanan utk diri sendiri juga. Kadang2 aku tak suka tempe sbb mereka suka amik barang org suka hati, bising, dan kebudak budakan. Hakikatnya tak semua tempe ada perangai yg sama.

Nota kaki: Aku harap takde tempe yg google translate haha


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...