Wednesday 1 May 2013

pengalaman interview mara-jpa

kod JPA01, Pergigian, UK, program marajpa

Dua hari sebelum interview, aku mcm tak tentu arah menyiapkan dokumen2 yang die nak.
Aku buat resume tengah2 malam tu. 
Sehari sebelum interview, aku da siap2 iron baju kurung. 
Aku tak tahu la kenapa aku gi iron baju kurung batch.
 Malam tu sebelum aku tidur, aku edit2 esei yang dah dibuat.

TIDUR AWAL GILA SEBAB NAK KENA BANGUN PUKUL 4 PAGI

By pukul 5, aku dan baba pun mulakan perjalanan ke Bangi. Agak jauh sebab aku duduk Muar.Sampai kat sana tepat pukul 8 pagi. Pergi daftar. Usha senarai nama. okay, aku nombor 18.Pastu baba ajak breakfast kat kantin situ.


Interview sesi 1 kena discuss pasal Dr Mahathir, sense of belongings to the youth
Da la English aku sayooooooooo
Tapi peduli apa, aku main cakap je la. Muka kena konfiden hahha. katanya wajib involve dalam discussion tu.

Interview sesi 2 dia tanya pasal diri kita.
Ni part yang paling best aku rasa. 4 calon masuk serentak

Panel: Sebut nama, cita2, kenapa, dan 5 words yang bole describe anda.
Aku:   Nama saya Aishah binti Ayub. Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri. Saya bercita-cita mahu menjadi pakar doktor gigi kerana saya mahu membantu semua orang dari segi kebersihan mulut dan saya ingin melihat semua orang dalam dunia ni mempunyai senyuman yang menawan..

Panel tu gelak bila aku cakap "senyuman yang menawannnnn" -_______-

lawak eh?

Panel: awak nak belajar kat mana?
Aku: UK hehe
Panel: sebutkan universiti yang terkemuka di UK dalam bidang pergigian
Aku: Kings College, kerana...
Panel: Awak pasti????
Aku: YA! saya pasti! (konfiden nak  mampos jawab) bla bla bla . Dan lagi satu universiti terkenal ialah Cardiff College
Panel: cardiff college.. ok..

confidence level kena tinggi ye anak anak. kah3

Panel: Negara kita bla bla transformasi negara bla bla. Sebutkan 2 kepentingan GTP, nombor 18. (aku)
Aku: (sentap woiii. aku tak baca sangat pasal GTP ni) Pada pendapat saya transformasi negara yang kerajaan telah lakukan penting untuk membangunkan kawasan luar bandar agar setanding dengan kawasan bandar supaya tidak berlaku jurang ekonomi yang sengat ketara. Selain itu, bla bla penting untuk menjadikan Malaysia lebih maju dari segi ekonomi agar Malaysia dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dgn negara-negara maju...

okay merepek...... jangan contohi aku

Panel: Awak nak jadi dentist, apa pembaharuan teknologi yang awak nak buat
Aku: (terkejut beruk akuuu!!!! mana lah aku tahu woi) Saya tertarik utk menjadi pakar dalam bidang braces jadi saya tidak mahu mereka yang memakai braces tidak selesa, jadi saya mahu mencipta ubat yang akan mengaturkan gigi tanpa memakai braces. Walaubagaimanapun, saya masih membuat research mengenai....
Panel: Jadi awak masih sdg wat research la ni. ok..

okay merepek lagi
pastu panel tu macam nak tergelak. -.-''

Panel: Kalau saya bagi awak scholarship tapi dalam negara awak terima tak?
Aku: Saya akan terima sebab saya ingin mahu membantu ibu bapa saya, ayah saya telah bersara, ibu saya pula hanya seorang kerani yang terpaksa kerja overtime sebab ingin menangguh 6 lagi adik beradik saya

panel tu puji aku. kikikiki.

Interview sesi 3 pasal penyelesaian masalah
group aku dapat tajuk ponteng. okay goreng je asalkan bercakap, senyum, yakin, dan lontarkan pendapat anda yang awesome...


satu lagi, kalau panel tanya, "kalau saya hantar anda kerja pedalaman, awak terima tak?"
jangan sesekali cakap, " tengoklah cane... 50-50.. tak sure lah"
sebaliknya, cakap lah, "YA! saya akan terima sebab niat sy memang nak tolong orang"

okay moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk juniors.

1 comment:

  1. senyuman menawannnnn...hehehehehehe..comel la chayub nihhh :DD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...