Thursday 14 January 2016

Bangun malam

Tak, aku bukan nak cakap aku bangun tahajud tiap2 malam

Hampir setiap hari bunyi nyamuk terngiang ngiang kt kepala. Annoying gila. Dan setiap kali nyamuk gigit aku akan bangun mencari nyamuk. Yang sedihnya, aku tak mencari Allah. Aku tahu kadang2 bila kita terjaga malam2 ni, inilah peluang utk kita bertahajud. Tapi aku pilih utk tidur semula.

Tbh, aku selalu tidur awal, alasannya penat study lama2. So ingatkan bila bangun pagi, aku akan sambung study. Tapi masalahnya stiap kali bangun, aku takkan study, sbb aku tak bangun utk solat. Bajet gila melebihkan ilmu drpd Allah. So aku tidur. Aduh whats wrong with me.

Iman manusia ada turun naiknya. Kadang2 kita rasa kita dah cukup baik, tapi bila Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang lebih baik, maka bersyukurlah kerana Dia mahu kita menjadi lebih baik.

Sebenarnya suatu paksaan utk membuat kebaikan itu bukanlah benda yang salah. Contohnya zaman sekolah asrama, semuanya dipaksa, solat berjemaah, baca yasin, almathurat, solat hajat, berzikir dan lain2. Dulu memang rasa dipaksa, tapi lama2 ibadah2 ini yang menjadi rutin harian. Patutlah dulu boleh ambil berpuluh2 subjek, skrg 4 subjek pun payah nak score. Iman semakin layu

Kalau dah keluar sekolah, takyah jaga hubungan dgn Allah ke?

Wah panjangnya aku berleter, aku nak cakap aku kene gigit nyamuk je lol

Nah, ni nyamuk aku tampo kat almari. Peh perut dia kenyang. Tolonglah lihat gambo ni, struggle gila nak upload tau hahaha

Sebenarnya ada draft pasal trip ke goa, mumbai dan pune, tapi malas nak masukkan gambo, so nantilah.

Oh ya, kat sini malam2 sejuk gila, cecah 10 degree gak ah. Nangis nak amik wuduk waktu subuh. Siang suhu biasa je, tapi angin sepoi sepoi. i like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...